Kesalahan dan Kesilapan Suami Terhadap Isteri

kesalahan dan kesilapan suami terhadap isteri

Tanggungjawab Suami

Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab suami atau lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami yang semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar. Mungkin, kerana itulah banyak rumahtangga yang runtuh akibat kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam baitul muslim yang dibina. Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan kesilapan suami terhadap isteri mereka yang sering dilakukan.

 

Kesalahan dan Kesilapan Suami Kepada Isteri

1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri.

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)

Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu contohnya menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga.

2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.

Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}

3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri.

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:

a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)

b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)

c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq ‘alaih)

5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.

6. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga.

Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

7. Menyebarkan rahsia dan aib isteri.

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri.

Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)

Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)

9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at.

Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.

Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”

Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum membuat keputusan.

10. Lemah kecemburuan terhadap isteri.

Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram.

Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)

Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu lengkap.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: Syahirul

Baca juga Amalan Sunat Selepas Saat Ijab Qabul

You may also like...

22 Responses

  1. suhaida says:

    Jangan suka mencari kekurangan dan salah isteri…

  2. mawar says:

    Suami yg soleh ialah yg tau tgjwb nya mmberikan nfkah utk isteri dan anak2…nafkah wajib…makanan..pakaian..dan tmpat tinggal…tidak mngambil kesempatan terhadap isteri yg berkerjaya..kerana mungkin isteri sbnarnya tidak pernah redha dgn perlakuan suaminya itu…renung2kan…

    • Farhana says:

      Apakah suami redha isteri itu keluar bekerja?? It’s give and take. Kalau suami benarkan isteri keluar rumah bekerja, maka itu tujuannya untuk bantu suami. Buat apa bagi keluar rumah setiap hari dari pagi ke petang hanya untuk isterinya berbuat sesuatu yg beri benefit kpd isteri sahaja??

  3. khairul neesa binti md nor says:

    tQ banyak2

  4. pudil says:

    Tp apa2 pon suami itu adalah surga atau neraka bagimu wahai kaum hawa.
    Buruk bagaimanapon suami itu. Ia tetap neraka dan surgamu. Tapi surga suami di bawah tapak kaki ibunya. Bukan isterinya. Jd berlajarlah redha dgn apa yg ada. Sesungguhnya allah akan menambahkan nikmatmu setelah kamu redha dan bersyukur dgn apa yg ada pada suamimu

  5. Banyak lelaki yg suka menakutkan.isteri dgn menyuruh isteri sentiasa taat padanya sedangkan dia sendiri tidak taat kepada perintah agama. Tidak solat dan sebagainya. Bagaimana mungkin isteri mahu taat pd suami begini?

    • hafism says:

      Benar Jazilah. Dalam hal ni, isteri harus berani untuk menegur suami supaya buat apa yang disyariatkan Allah. Perlu sentiasa ada perbincangan, meeting, dan sesi meluahkan apa yang terpendam antara suami isteri supaya rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan diredhai Allah Ta’ala :)

  6. imah says:

    Salam..saye nk tanya..

  7. imah says:

    Salam.semua nak tanya niii :(

  8. bunga says:

    Suami angkuh dan ego xblh terima teguran..teguran isteri akan menyebabkan pergaduhan bsr..adkah berdosa sy tidak lg menegur sikap suami yg x solat.??

    • hafism says:

      Bukan isteri saja yang wajib tegur suami utk solat, orang lain pun wajib tegur orang yg dekat dengannya utk solat. Tanggungjawab kita utk tegur siapa saja yg tak solat. Jika isteri sudah banyak kali tegur tapi tidak berubah juga, maka bersabar dan berdoalah supaya Allah Ta’ala buka hatinya utk solat. Mungkin isteri boleh “tegur” secara bukan direct. Maksudnya melalui akhlak. Teruskan solat apabila dia ada bersama, atau solat dengan anak2, supaya si suami nampak. Mana tahu, mungkin dengan asbab kesabaran isteri tu, lama kelamaan hati si suami terbuka dan sedar akan dosanya. WaAllahu a’alam.

  9. iza says:

    Dlm rumhtngga perlu ada perbincangan.Perlu ada sifat bersabar dan bertahan dlm rumhtngga

  10. mami su says:

    bagaimana jika suami menjalankan perniagaan , tetapi perniagaanya tidak menjadi, isteri terpaksa menanggung hutang dan menanggung nafkah keluarga.adakah suami itu berdosa kerana tidak memberikan nafkah kepada anak dan isterinya dan membebankan isterinya?

    • hafism says:

      suami WAJIB bagi nafkah kepada isteri. walaupun gaji isteri berpuluh-puluh ribu sekali pun, suami tetap wajib bagi nafkah. jika perniagaan tak menjadi, wajib suami cari kerja lain. wajib berusaha cari rezeki untuk bagi nafkah. waAllahu a’lam.

  11. rina says:

    Bagaimana pula suami yg menyerahkan tugas pendidikan anak2 kepada isteri saja? Bolehkah begitu? Suami jarang bertanya perihal solat anak2, pengajian alquran, pendidikan akhlak, akidah dsb walaupun suami sendiri mng rajin solat, rajin mengaji, berzikir, buat amalan sunat lain.

    • hafism says:

      suami/bapa wajib suruh anak2 isteri solat, wajib hantar anak2 belajar agama. tak boleh sambil lewa, kejap suruh kejap tak suruh. isteri perlu berbincang dgn suami kerana mungkin suami terlalu sibuk ataupun terlupa. WaAllahu a’lam.

  12. hanani says:

    Nk tnye.. ayh saya tidak solat ape enth lgi solat jumaat n solat sunat.. ibu saya pernah menegur tpi ayh jwb “ini soal sya dan Allah”..
    Adakah ibu perlu meneruskan untk tegur??
    Apa hukum kalo ibu saya dah tak tegur ayh tentang solat?.. mhon penjelasan. Tq

    • hafism says:

      Pertama, isteri boleh tegur suami yang tak solat. tapi, kena tegur dengan lembut. nasihat. tak boleh marah2. bagi saya, teruskanlah tegur. jangan berhenti. kita tak tahu, mungkin teguran yang ke-100 lah yang dapat melembutkan hati si suami tu.

      tentang hukum tu, Allahu a’lam. saya tak tahu. maaf :)

  13. myra says:

    Suami pentingkan keseronokan dgn kwn2 dari melayan anak dan isteri..malas beribadah dan bekerja..sampai bile harus bersabar??anak2 semakin membesar..

  14. ayu says:

    As’salam.. Sya ingin meminta pndpt saudara, sy sering dipukul sejak awal perkahwinan, cume kerana sy menegurnye utk berbuat baik, spt solat dan memberi perhatian pd sy.. Krn suami sy terlalu cbuk dgn keje dan bila suami sy pulang, suami sy hanye melyn tv dan main game, xbole dibawak berbincang krn ego, dan suami sy xsuke berborak.. Sy langsung xbole tego apa yg suami sy lakukan.. sy juga bekerja dan duit gaji sy hanya utk bantu suami.. Malah sy sering masak bekal untk suami sbb sy ingin menjimatkn blnja. Kami jarang mkn diluar.. Tp baru2 ini sy sehingga lebam2 dan mmeninggalkan kesan pd diri sy. dia bagaikn hilg pedoman bila dia pukul sy.. Seolah2 bkn diri dia.. Baru2 ini dia pukul sy lg, tp bila diketahui oleh ibunya.. Ibunya malah menghina sy dan family sy.. Sy terbc whtsp suami sy dan abg ipar.. Ape yg sy paling sdih.. Suami sy xpertahankn diri sy, tp malah mengutuk ayah n family sy.. Sy tertekan dgn hidup.. Shinggakn ade owg bertnye pd sy.. Dptkah sy hidup bhgia spt ini.. Mmg sy sdah xbhgia.. Tp sy cube minta fasakh drpd suami.. Dia xnk lpaskn sy dgn alasan dia sygkn sy lg..tp sy da mkin terseksa dan tertekan.. Krn sikapnye.. Suami sy xpkkan tntg perasaan sy.. Sdgkn dr sblm kahwin family dia ngutuk dan mengata sy dan family sy.. suami bertegas ingin berkahwin tp spai skrg usia perkahwinan kami baru 8bln..dah terlalu byk ibunya Dan family nya mnghina sy. Ape yg berbeza, jika dulu suami pertahankn sy. Tp skrg dia cume biarkan sy dikata oleh familynya.. sy dah xtaw ape yg perlu sy lakukan. Sy semakin tertekan dan menangis stiap ari.. Stiap ari sy berdoa pd Allah swt.. Adakah sy berdosa krn minta fasakh.. Krn sy sudah tidak sanggup lg hidup bersama..

    • hafism says:

      Wa’alaikumussalam. Saya bersimpati atas apa yg berlaku kepada puan. Seeloknya puan berbincang dgn family sebelah puan dan pejabat agama dulu sebelum membuat apa2 keputusan. Tuntutan fasakh kena ada bukti sebelum mahkamah buat keputusan. Berbincanglah dulu dgn jabatan agama. Mereka akan bg cadangan dan kaunseling. Semoga dipermudahkan segala urusan puan. Semuanya ada hikmah. Allahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>